Bina gereja, penduduk kuching kecewa


Saya ingin merakamkan rasa dukacita dan terkilan atas pembinaan gereja di Taman Sri Perkasa, di Jalan Matang, Kuching yang rata-ratanya dihuni oleh penduduk Islam.

Projek pembinaan gereja di dua lot kosong di taman ini berlaku tanpa pengetahuan penduduk. Projek ini berlaku secara tiba-tiba setelah satu majlis pecah tanah diadakan pada 19 September 2010.

Pembinaan bangunan pula berlaku dengan pantas setelah majlis pecah tanah tersebut. Ini menimbulkan rasa resah dan bimbang penduduk akan aqidah anak-anak Islam yang mungkin terjejas akibat pembinaan gereja ini.

Untuk makluman, lokasi pembinaan tersebut sepatutnya menjadi lokasi bagi 'community hall' dan satu lot lagi merupakan lot utk 'government reserve.' Apabila ditanya kpd pihak Majlis Perbandaran Padawan, mereka mendakwa tidak tahu menahu akan hal ini, tetapi enggan mengambil sebarang tindakan atas alasan di luar tugas rasmi mereka walaupun kedua-dua lot tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan.

Lokasi pula berhadapan dengan institusi pendidikan Islam iaitu Taska Syahirah dan Tadika Hikmah dan di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk Islam. Yang menjadi persoalannya, adakah pembinaan gereja boleh dilakukan di mana-mana tempat tanpa mengira lokasi dan penduduk di sekitarnya?

Setakat hari ini, tidak ada sebarang tindakan daripada pihak Majlis hal ehwal Islam negeri berkaitan hal ini walaupun laporan sudah dibuat. Pihak berkuasa tempatan dan pemaju pula masing-masing cuba lepas tangan dan enggan dipersalahkan dengan mengatakan tidak bertanggungjawab dalam projek tersebut.

Di manakah lagi penduduk Islam Taman Sri Perkasa ini dapat mengadu dan mempertahankan lot tersebut jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berwajib? Kami merasa sangat tertipu dan sedih kerana tiada pembelaan bagi kami sedangkan projek dibina dengan rancak sekali.

Kami berharap keharmonian hidup di taman ini tidak dicemari oleh bunyi loceng gereja sedangkan masih ada lokasi lain yang lebih sesuai boleh dijadikan tapak pembinaan. Jangan kerana konsep 1 Malaysia kaum lain bebas berbuat sesuka hati tanpa mengira sensitiviti penduduk beragama Islam, agama rasmi negara ini.

Jangan sampai konsep 1 Malaysia merosakkan masa depan kaum Melayu Islam di negara ini.
Tags:

Peringatan

Anda dibenarkan melontarkan pandangan, kritikan, pendapat dan lain-lain terhadap artikel di atas namun segala akibat merupakan tanggung jawab anda sendiri.

4 comments

  1. "rakyat didahulukan, pencapaian di utamakn".... langsung xberguna moto ni..... just penyedap hati rakyat.... kezaliman berlaku di sini...

  2. Najib klu ko rsa Islam sila ambl tndkn...

  3. Betul, memang zalim. Kesian penduduk Islam yg membeli rmh di sini. Kalau hendak dijual pun mungkin susah nak mark up price. Pihak berwajib pula diam saja termasuklah JAIS. Apa dah jadi?

Leave a Reply