KOTA BAHARU - PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 Nov ini, kata Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Chek Hashim Che Sulaiman, sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Chek Hashim, 46, meninggal dunia pada 27 September lepas akibat kanser.
Menurut Mohd Amar, walaupun menurut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ianya tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, Pas tidak akan membawa isu berkenaan.
Beliau menolak dakwaan yang Pas menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan Pas dalam pilihan raya kecil itu.
Mohd Amar berkata, beliau yakin Pas akan menang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan.
0 comments