Perlukah akta bagi jenayah sihir?

Umum mengetahui masyarakat Melayu terutamanya sering kali mengaitkan sesuatu perkara jenayah dengan amalan ilmu sihir. Masyarakat Melayu mudah menuduh orang lain menyihir dirinya walaupun tanpa bukti yang kukuh.

Namun begitu sebilangan besar masyarakat hari ini sudah tidak percaya dengan ilmu sihir. Perkara ini berlaku berdasarkan pengalaman dan juga cerita kebanyakkan orang yang telah tertipu dengan bomoh dan pawang.

Tetapi sebagai orang Islam, mempercayai ilmu sihir adalah sesuatu yang wajib. Kerana tidak mempercayai sihir bermakna menolak Al-Quran. Sebagai contoh terdapat cerita tentang sihir di dalam kisah nabi Musa di dalam Al-Quran.

Adalah baik sekiranya diwujudkan Akta Jenayah Sihir, maka individu tertentu tidak akan melakukan sihir atupun menuduh orang melakukan sihir sewenang-wenangnya kerana bimbang akan hukuman.

KUANTAN - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

Menurut beliau, langkah itu wajar diambil supaya pengamal sihir boleh dibawa ke muka pengadilan dan diadili sebagaimana kes-kes jenayah lain.

"Bukan hanya di Malaysia tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. -Kosmo Online

Sekiranya Akta Jenayah Sihir ingin diwujudkan, maka perlu juga ada kursus baru di universiti iaitu kursus berkenaan ilmu Sihir kerana pengamal undang-undang, dia sendiri atupun sekurang-kurangnya pihaknya, memerlukan kepakaran ilmu sihir untuk mendakwa penjenayah sihir.

Kalau sekarang, ahli sains forensik, kimia, jurutera dan sebagainya diperlukan untuk mendakwa atau membela kes-kes berkaitan sains. Maka akan datang bomoh dan pawang dari pelbagai kepakaran sihir akan dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan berkaitan kes jenayah sihir.
Tags:

Peringatan

Anda dibenarkan melontarkan pandangan, kritikan, pendapat dan lain-lain terhadap artikel di atas namun segala akibat merupakan tanggung jawab anda sendiri.

0 comments

Leave a Reply