Satu lagi PRK

Di dalam kesibukan menghadapi PRK Galas, nampaknya kita tiada pilihan melainkan untuk mengadakan satu lagi PRK kali ini di Malaysia Timur iaitu di Negeri Sabah. Ini berikutan Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun.

Edmund Chong Ket Wah, MP Batu Sapi

Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Kehilangan besar

musa aman pc in sabah 190608 01

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Edmund sebagai kehilangan besar untuk rakyat dan negeri Sabah.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang dedikasi dan komited terhadap tanggugjawabnya sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth.

Musa yang juga Pengerusi BN Negeri berkata beliau dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan juga PBS atas pemergian itu.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutama PBS. Beliau juga kawan rapat saya".

Tags:

Peringatan

Anda dibenarkan melontarkan pandangan, kritikan, pendapat dan lain-lain terhadap artikel di atas namun segala akibat merupakan tanggung jawab anda sendiri.

0 comments

Leave a Reply