Seekor lagi katak nak melompat

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan (gambar fail) memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.

“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.

“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas… tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.
Tags:

Peringatan

Anda dibenarkan melontarkan pandangan, kritikan, pendapat dan lain-lain terhadap artikel di atas namun segala akibat merupakan tanggung jawab anda sendiri.

1 comments

  1. Gobala cuba anda ingat kata-kata anda disetiap ceramah anda yang anda takkan keluar parti walaupun dibeli takkan kerana ada berpuak anda sudah kalah dalam perjuangan cuba anda perbetulkan apa yang tak betul kerana pada saya,calon yang bertanding mendapat satu undi setiap ahli adakah setiap ahli dapat dipegaruhi dengan kata-kata.Cuba anda fikirkan.

Leave a Reply