BERITA yang agak panas berkaitan isu antarabangsa. Biasanya kita ketahui bahawa Kerajaan Malaysia sangat lembik di dalam menjaga kedaulatan negara dan wilayah.
Sebelum ini Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar diserah kepada Singapura akibat pemimpin lembik Pak Lah dan Najib. Kini kita menanti Pulau Pisang pula untuk diserahkan kepada Singapura.
Apa yang menarik, portal Yahoo News menyiarkan satu laporan yang dipetik dari portal berita berpengaruh Indonesia TribunNews mendakwa Malaysia mencuri sempadan Indonesia pula [YahooNews 9 okt 2011].
Menteri yang diberi kuasa menjaga wilayah serta pihak berkuasa yang terlibat wajib menangani isu ini dengan bijak.
Benarkah Malaysia mencuri 1400 hektar tanah yang menjadi wilayah Indonesia? Atau Malaysia bakal menggadaikan kedaulatan negara kepada Indonesia pula?
ReJaM© "Kalau tak pandai jaga negara, sila letak jawatan..."
0 comments