
SHAH ALAM, 9 Nov: Selangor sedia kerjasama dengan Persekutuan demi bangunkan Lembah Klang, tetapi tidak menyokong projek mega seperti Menara Warisan Merdeka, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata demikian dalam laman komuniti twiternya sekejap tadi.
Beliau dipercayai membetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa beliau menyokong cadangan pembinaan menara Warisan 100 tingkat itu.
Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan sokongannya terhadap cadangan membina menara Warisan Merdeka 100 tingkat di ibu negara — yang bakal muncul bangunan tertinggi mengatasi Menara Berkembar Petronas, atas alasan usaha sedemikian akan merancakkan pembangunan negeri dan negara.
“Sekarang, ada debat hangat di Parlimen, sama ada kita memerlukan menara 100 tingkat (Warisan Merdeka) dan bangunan mencakar langit di Lembah Klang atau di Greater KL.
“Tetapi bagi saya, ia adalah satu inisiatif yang perlu kita terima,” kata beliau atas alasan usaha sedemikian akan merangsang pembangunan di Selangor dan Malaysia dalam jangka panjang.
Khalid, yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie, berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar pada sidang DUN Selangor hari ini.
Idea itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 bulan lalu.
Sementara idea itu turut mengundang protes, Putrajaya berkata ia adalah usaha swasta iaitu PNB

Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.
"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.
"Ini bukan kesalahan remeh."
Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.
Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.
Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.
Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.
Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.
Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.
"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.
- Bernama
GUA MUSANG, 29 Okt: Umno dikhuatiri menggunakan taktik terakhir iaitu pengundi hantu bagi menghadapi PAS pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada 4 November ini.
Taktik itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.
“Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.
“Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas,” katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.
Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.
“Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.
“Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini,” ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.
Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.
Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.
“Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan,” ujarnya.
Sementara itu arahan Kementerian Pengajian Tinggi melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dalam kempen pilihan raya di Dun Galas dilanggarkan sendiri menteri di kementerian terbabit apabila mengadakan Majlis Mesra KPT 2010 di Galas semalam.
Beberapa bas sebahagian besar bertulis Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain kelihatan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1.
Pada kain rentang ditulis program itu agihan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN, runding cara pembiayaan pendidikan dan kutipan balik dan runding cara peluang pembelajaran di UiTM.
Orang ramai mempersoalkan mengapa program berkenaan dibuat di Galas ketika musim pilihan raya kecil sekarang. Tentunya ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Taktik itu merupakan senjata terakhir yang pernah dibuktikan di mahkamah tinggi ketika petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2006.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, taktik itu disyaki digunakan jentera Umno melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan kad pengenalan milik orang lain kepada pengundi hantu.
“Mereka disyaki menggunakan taktik tersebut selepas mendapati jentera kempen Umno masih berada di belakang berbanding PAS.
“Disyaki mereka menggunakan JPN untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan menggunakan nama senarai pemilih yang tertera dalam daftar pemilih di Dun Galas,” katanya pada persidangan media di Markas Besar PAS.
Selain itu, kata beliau jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat juga mengesan kemungkinan berlaku penipuan di bilik tempat pembuangan undi pada 4 November ini.
“Mereka juga dikatakan menawarkan sogokan wang RM1,000 atau hadiah peti televisyen kepada pengundi di Galas. Tetapi pengundi yang mahu mendapatkan bantu itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan mereka.
“Taktik itu disyaki akan berlaku dua atau tiga hari menjelang hari mengundi 4 November ini,” ujarnya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.
Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengawas pilihan raya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
Ditanya penafian berkali-kali SPR terhadap kemungkinan wujud pengundi hantu katanya, sudah menjadi kebiasaan agensi kerajaan terbabit menafikan biar pun pernah dibuktikan wujud pengundi hantu di mahkamah.
Menurutnya, PAS belum bercadang membuat laporan polis memandangkan banyak laporan yang dibuat pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lepas belum diambil sebarang tindakan sehingga sekarang.
“Saya pernah mengajukan soalan di parlimen mengenai perkara itu namun gagal dijawab kerajaan,” ujarnya.
Sementara itu arahan Kementerian Pengajian Tinggi melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dalam kempen pilihan raya di Dun Galas dilanggarkan sendiri menteri di kementerian terbabit apabila mengadakan Majlis Mesra KPT 2010 di Galas semalam.
Beberapa bas sebahagian besar bertulis Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain kelihatan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1.
Pada kain rentang ditulis program itu agihan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN, runding cara pembiayaan pendidikan dan kutipan balik dan runding cara peluang pembelajaran di UiTM.
Orang ramai mempersoalkan mengapa program berkenaan dibuat di Galas ketika musim pilihan raya kecil sekarang. Tentunya ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.
Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.
Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.
Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.
Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.
Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.
Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.
“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.
“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.
Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.
Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.
“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.
Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.
Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.
“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.
"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.
"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.
“Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.
"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.
"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.
Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.
Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.
"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.
"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.
Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.
Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.
Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.
"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.
"Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya.

SANDAKAN 24 Okt - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calon Pakatan Rakyat bagi mewakili kerusi parlimen P185 Batu Sapi dalam pilihan raya kecil 4 November depan.
Ansari, 54, merupakan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat dan juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah.
Beliau adalah seorang peguam dan juga bekas majistret yang berpengalaman selama 31 tahun dalam bidang undang-undang.
Anwar membuat pengumuman tersebut Di Dewan Hakka di sini petang tadi di hadapan lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat.
GUA MUSANG, 24 Okt: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Dr Zulkefli Mohamad berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.
Sehubungan dengan itu, beliau bersama peguamnya, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.
“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.
“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya pada sidang media semalam.
Turut hadir Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Hadir sama ialah Peguam Abu Daud Wan Abdul Rahim dari Azmi & Co.
Terbaru selepas diisytiharkan calon PAS bagi Dun Galas, Dr Zulkefli dilaporkan media Umno-Online bahawa Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang itu pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.
Bagaimana pun, Dr Zulkefli dengan tegas menafikannya kerana Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya, sedangkan isterinya ialah Zainab Jalar.
“Berkenaan dengan hak yang dikeluarkan dalam Umno-Online yang dikatakan saya terlibat dalamkes khalwat, kemudian diletak pula nama Ramelah binti Mat Jusoh.
“Ramelah binti Mat Jusoh itu adalah sebenarnya emak saya, dan untuk kes khalwat ini sepatutnya dibuat semakan di mana-mana Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah untuk dipastikan, dan (kes yang dibangkitkan ini) saya menafikan sekeras-kerasnya.
“Sebenarnya tidak ada kes ini, (hanya) dibangkit sebagai fitnah saja,” tegasnya.
Sementara itu, Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengulas perkara itu berkata isu timbul tanpa ada asasnya.
“Sengaja diada-adakan isu,” katanya.
KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.
"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?
“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?
"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.
Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.
Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.
Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.
Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.
Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.
"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.
"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar.
“Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi.
Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 bilion adalah warisan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat.
“Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” ujarnya lagi.
Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi.
“Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan,” katanya.
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.
Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.
"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.
"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.
Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.
"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.
"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."
Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.
"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).
"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.
Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.
"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya. -Harakahdaily

Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap muda PKR, mahu melancarkan Kempen Bantah Bajet Anti Rakyat peringkat nasional untuk mengutip tandatangan rakyat membantah projek menara Warisan Merdeka 100 tingkat bernilai RM5 bilion.
“Intipati Bajet Najib adalah membina menara 100 tingkat yang bernama menara Warisan Merdeka oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan menelan perbelanjaan RM5 bilion.
“Peranan PNB adalah menaikkan taraf pelaburan dan menjaga kepentingan Bumiputra melalui pengurusan pelaburan portfolio,” katanya.
Sehubungan itu dalam kenyataan dikeluarkan, AMK berkata, pembinaan menara bukannya keutamaan PNB dan ia hanya menunjukkan kembalinya falsafah ekonomi “Mahathirism” dalam pengurusan ekonomi yang berteraskan mega projek.
Kata AMK lagi, projek Warisan Merdeka yang dijangka siap pada 2020 telah mendapat bantahan hebat rakyat jelata.
“Apakah ini rakyat diutamakan? Apakah manfaat RM5 bilion sekiranya boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah?
“Apakah RM5 bilion boleh diguna untuk menaikkan taraf kesihatan negara kita? Mengapakah kualiti hidup rakyat tidak diutamakan semasa pembangunan dijalankan?” kata sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat ini.
Sayap itu menambah, jika meninjau dalam Laporan Ekonomi 2010/2011, hutang kerajaan persekutuan telah meningkat daripada RM362 bilion pada 2009 kepada RM408 bilion tahun ini iaitu meningkat sebanyak 12.7 peratus setahun.
Dalam keadaan ekonomi yang masih lembab, kata beliau, kerajaan persekutuan bukan sahaja tidak mengurus ekonomi dengan lebih bijaksana, malah telah mengamalkan pengurusan ekonomi pembaziran serta membebankan rakyat jelata khasnya bagi orang muda.
Semalam, PNB berkata pihaknya yakin langkah membangunkan projek hartanah bercampur Warisan Merdeka bakal menyediakan pulangan pelaburan jangka panjang menguntungkan kepada kumpulan itu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pembabitan PNB dalam projek hartanah yang bakal menjadi mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur itu adalah sebahagian usaha kumpulan itu meningkatkan pendapatannya menerusi penerokaan dalam sektor ekonomi menguntungkan.
Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.
“Apabila kami merancang projek ini, kami perlu memastikan ruang pejabat di bangunan itu dipenuhi.
“Bangunan ibu pejabat PNB sekarang sudah berusia 30 tahun dan kumpulan memerlukan ibu pejabat baru sejajar program pengembangan kami,” katanya.
Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.
PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.
Selain itu, Hamad Kama Piah berkata, PNB turut merancang membangunkan sebuah menara tambahan berhampiran Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan mengubahsuai bangunan sedia ada.
Menurut AMK, pihaknya mahu kerajaan membatalkan penambahan cukai perkhidmatan dari lima peratus kepada enam peratus dan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan serta menasionalisasi syarikat PLUS dan tamatkan konsesinya.
AMK berkata pihaknya akan menggerakkan semua anggota untuk turun padang dan mengadakan pelbagai program seperti forum, ceramah dan mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembaziran Bajet 2011.
“Program kutipan tandatangan di seluruh Malaysia akan dijalankan oleh pimpinan AMK di cabang-cabang,”
AMK juga menambah kepimpinan Najib dalam dua tahun ini tidak membawa perubahan ketara kepada golongan berpendapatan rendah tetapi malahan ekonomi negara ke arah tidak menentu.
“Pertama sekali, dalam pengumuman bajet beliau telah memansuhkan cukai ke atas barangan mewah import yang hanya mampu dinikmati oleh golongan kaya dan berpendapatan tinggi.
“Barangan seperti beg tangan, beg bimbit, pakaian dan kasut yang berduti antara lima hingga 30 peratus dimansuhkan. Hasrat Najib adalah membawa nama Negara Malaysia sebagai ‘shopping heaven’.
“Malangnya, semua kebaikan dan keuntungan ini dinikmati oleh pelancong asing dan menyebabkan pendapatan cukai import negara berkurangan,” kata AMK lagi.
AMK menambah, walaupun kerajaan persekutuan telah menangguhkan cukai barangan dan perkhidmatan yang telah dibantah oleh rakyat di seluruh negara, tetapi cukai perkhidmatan telah dipertingkatkan daripada lima hingga enam peratus bagi menjana hasil cukai tambahan untuk pembangunan negara.
“Ini amat membebankan golongan pertengahan dan golongan bawahan. Kerajaan percaya meningkatkan satu peratus boleh menyumbang besar dalam hasil kerajaan dan seterusnya mengurangkan defisit yang tinggi sejak beberapa tahun yang dulu.
“Kenaikan cukai perkhidmatan adalah seperti kerajaan mengenakan kutipan cukai kad kredit dan kad caj pada 2010.
“Ia merupakan cara yang sama supaya meningkatkan hasil kutipan cukai dan percayai boleh meningkatkan dua peratus daripada jumlah hasil dalam cukai jualan dan cukai perkhidmatan,” kata AMK lagi.
Penduduk di kampung Manek Urai hairan tiba-tiba dua papan iklan projek Barisan Nasional (BN) didirikan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama.
Pada awalnya hanya di sebelah kampung baru dipasang papan tanda projek tertera gambar dacing. Tidak lama kemudian dipasang pula papan projek BN di Kampung Manek Urai Lama.
Namun papan tanda yang didirikan di Kampung Manek Urai Lama tidak tertera nama kontraktor, sedangkan di kampung baru ada nama kontraktor iaitu Salabumi (M) Sdn Bhd.
Kata orang kampung mengapa seperti tergesa-gesa sangat sehingga ada kepincangan di sana-sini. Lebih mengelikan lagi apabila rumah kontena pula diangkut ke tanah milik penduduk tidak jauh dari jambatan sedia ada Sabtu lepas.
Kemungkinan besar pemilik tanah tersebut pun belum dimaklumkan mengenai penggunaan tanahnya dijadikan tapak pejabat kontraktor.
Lebih menghairankan segala permohonan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi pengambilan tanah belum dibuat sehingga sekarang.
Malah difahamkan cadangan projek berkenaan juga tidak dibawa ke pejabat JKR Kuala Krai.
Menurut sumber mesyuarat mengenai cadangan membina jambatan baru yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Julai 2009 dibincang pada mesyuarat di JKR Kesedar di Tanah Merah semalam.
Perbincangan itu katanya hanya melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan JKR Kesedar.
Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, jelas kelihatan projek jambatan baru di Manek Urai dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kelihatan banyak kecacatan.
”Orang kampung sedar pada awalnya papan tanda projek pembinaan jambatan tidak dilekatkan nama kontraktor, tetapi beberapa hari kemudian baru ditampal.
”Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek pun belum diberitahu pengambilan tanah yang akan dibuat. Ini betul-betul projek mee segera kerana pilihan raya kecil di Galas,” katanya di sini.
Bagaimanapun kata beliau sekiranya projek itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kerana jalan di atas jambatan menjadi dua lorong.
Namun hairannya mengapa baru ketika kehangatan kempen pilihan raya di Galas JPP tergesa-gesa mahu memberitahu penduduk janji membina jambatan baru tetap ditunaikan.
Agak melucukan juga cadangan pembinaan kompleks sukan di Manjor yang disebut menteri sudah siap 20 peratus, rupa-rupa baru diratakan tanah.
Kerja-kerja menyodok pula baru dilakukan seminggu dua ini. Jauh sekali untuk sampai 5 peratus.
Bahan-bahan binaan seperti kayu atau besi pun tidak kelihatan. Ini keanehan yang dipamerkan Umno dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Galas.
Belum sempat segala janji di Manek Urai menjadi kenyataan tiba-tiba dinukil pula janji baru di Gua Musang.
Projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur pula di Gua Musang. Projek itu dijangka akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebelum menabur janji-janji baru lebih baik kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua yang sudah melewati tempoh.
Isu yang cuba digimikkan di Gua Musang hanya terbeban di bahu pengarah pilihan raya BN di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Banyak pihak hairan dengan kemunculan Ku Li secara tiba-tiba.
”Mengapa tiba-tiba baru sekarang pemimpin tertinggi Umno mahu cari Tengku Razaleigh Hamzah,” tulis veteran Umno, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam sebuah akhbar baru-baru ini.
Abdullah juga menulis seorang pegawai tadbir memberitahunya, dahulu Umno berpeluang baik tetapi perkembangan muktahir dalam situasi Kelantan nampaknya tidak memihak kepada Ku Li dan Umno.
Ku Li galas beban Umno
Nampaknya percaturan Umno menghadapi pilihan raya kecil diletak sepenuhnya di bahu anggota parlimen Gua Musang.
Ada pihak berhujah taktik tersebut menjadi penyambung hayat kepada Ku Li dalam karier politik. ”Menang Ku Li di Galas bermakna masa depan politik masih ada, tetapi kalau sebaliknya, ’hayat’ politiknya berakhir di situ,” kata seorang penduduk dari Kampung Batu Papan.
Kampung tersebut merupakan kubu kuat Umno di Gua Musang. Namun pada pilihan raya umum Mac 2008, PAS mendapat kedudukan agak selesa dengan sokongan 54.03 peratus.
PAS mendapat kelebihan 92 undi di ketiga-tiga saluran mengundi di kubu tradisi Umno di Batu Papan.
Sedangkan sebelum itu PAS sukar menembusi kubu tersebut. Malah tenaga pengkuliah agama kerajaan negeri juga tidak mendapat ruang untuk mengajar di masjid dan madrasah kampung berkenaan.
Penempatan terbabit mempunyai kira-kira 500 rumah.
Seorang pendakwah, Mohd Zaki Mat Zin, 38 berkata, guru agama dari Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan belum mendapat ruang mengajar di kampung tersebut.
”Sehingga sekarang Unit Dakwah Halaqat tidak diberi peluang biar pun di tempat-tempat lain masalah seperti itu tidak timbul,” katanya ketika ditemui sini.
Seorang warga emas Harun Majib, 67 mengakui Batu Papan menjadi kubu tradisi Umno sejak zaman berzaman.
Katanya, kawasan itu sukar ditembusi PAS kecuali pada pilihan raya umum lalu apabila Chek Hashim Sulaima menang.
”Itu merupakan satu sejarah. Pakcik melihat itu kelebihan yang ada pada Chek Hashim sehingga mudah diterima penyokong Umno,” katanya.
Bagaimanapun di tujuh peti undi lain terutamanya membabitkan pengundi di kalangan Orang Asal, kekuatan PAS di bawah 40 peratus, kecuali di Unit Peti Undi (UPU) Hau.
Kekuatan PAS juga agak seimbang berbanding Umno/Barisan Nasional (BN) di UPU Kampung Pulai iaitu 47 peratus.
PAS juga mempunyai kedudukan agak selesa di kawasan pengundi bercampur Melayu dan Cina.
Umno benar-benar mengharapkan sentuhan Ku Li bagi mendapat kekuatan baru di Galas, selepas tercicir ke tangan PAS pada Mac 2008.
Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Ku Li.
Sebaik sahaja Chek Hashim meninggal dunia, Muhyiddin membuat kenyataan melantik Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN di Galas.
Biar pun kenyataan itu melukakan perasaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, namun dalam situasi Gua Musang, pemimpin Umno di Kuala Lumpur belajar ’meluntut’ semula kepada Ku Li.
Mustapa perlu menerima hakikat Gua Musang bukannya Jeli yang menjadi kubunya sejak dua penggal lalu.
Namun dalam konteks Gua Musang Mustapa perlu membisu dan hanya akur segala arahan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN.
Bagaimanapun mengapa pula tiba-tiba Ku Li menafikan mempunyai hubungan dingin dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbabit.
Ku Li vs Mustapa
”Saya tidak ada masalah bekerja dengan Mustapa bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Galas,” kata Ku Li sekembali dari bercuti di London.
Penafian Ku Li itu mengundang rasa pelik. Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.
Inilah realiti yang berlaku di Kelantan sekarang. Ku Li pernah dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika menghadapi pilihan raya umum 1999.
Namun tidak lama selepas Ku Li gagal mengulangi kejayaan merampas Kelantan pada 1978, Mustapa pula menggantikan Ku Li di Perhubungan Umno.
Peristiwa lama Mustapa ’merebut’ tempat Ku Li menyebabkan luka lama berdarah kembali. Maka tidak hairanlah tiba-tiba Ku Li menyebut hubungan dengan Mustapa elok.
Kecamuknya dapat juga dilihat apabila Ku Li Isnin lalu memberitahu pucuk pimpinan Umno belum lagi membincangkan soal siapakah calon BN pada pilihan raya kecil Galas.
"Belum ada sebarang keputusan dibuat, tiada perbincangan mengenainya," kata Ku Li selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di parlimen.
Malah katanya calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir 23 Oktober nanti.
"Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri," ujar Ku Li kepada media.
Konflik menentukan calon BN di Galas lebih ketara berbanding pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas.
Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamuddin Hussien memberitahu pucuk pimpinan parti menyerah kepada Ku Li untuk memutuskan sama ada bersedia menjadi calon atau sebaliknya.
Penglibatan langsung Ku Li di Galas juga memberi ruang isu royalti minyak geger semula. Namun, kata Ku Li tiada siapa berhutang dengan sesiapa pun dalam isu royalti.
“Saya ke depan dalam isu itu kerana Allahyarham Tun Abdul Razak mahu rakyat di Pantai Timur memperoleh manfaat dari pendapatan minyak," katanya.
Pusingan awal ini menampakkan isu calon menjadi stigma agak kronik bagi Umno.
Ku Li juga sedia mempertaruhkan anak didiknya iaitu setiausaha bahagian, Abdul Aziz Yusof atau Naib Ketua Pemuda Gua Musang, Zamzani Harun boleh menjadi galang ganti dirinya di Galas.
Apa yang seakan pasti Ketua Pemuda, Bazlan Baharudin atau Ketua Wanita, Datuk Hazani Mohd Nor bukan pilihan Ku Li.
Sebaliknya situasi berlainan berlaku dalam PAS. Tidak kedengaran ribut kecuali sekadar kocakan air dalam cawan.
PAS Gua Musang tidak ketandusan tokoh muda. Pemangku Yang Dipertua (YDP) kawasan, Dr Zulkifli Muhamad, 44, Naib YDP, Husin Embong, 45 dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Abdullah Husien, 38 boleh menjadi pilihan terbaik.
Kesemua mereka lulusan universiti dalam dan luar negara. Dr Zulkifli lulusan perubatan Universiti Malaya. Pernah berkhidmat di Hospital Kota Bharu dan terakhirnya di Pusat Kesihatan Ciku 3. Sekarang mengendali klinik sendiri di Cikuu 3.
Hussin pula lepasan bidang kejuruteraan di England. Kini seorang ahli perniagaan yang berjaya di Gua Musang.
Ustaz Abdullah pula lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Selama lima tahun beliau belajar agama di Mesir. Pernah menekuni ilmu di Pondok Kandis Bachok.
Sekarang berkhidmat tenaga pengajar di Unit Dakwah Halaqat. Isterinya, Ramlah Abu Samah juga lepasan Al Azhar.
Biar apa pun calon PAS dijangka diketahui pada malam 21 Oktober ini. Ceramah perdana pengisytiharan calon tersebut turut menampil Penasihat Keadilan, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Apa yang pasti pusingan awal memperlihatkan Umno tenggelam dengan masalah dalaman. Silap percaturan misi Umno gagal lagi di bawah Ku Li.

Perhimpunan Agung Umno ke 61 yang akan bermula Selasa ini pelbagai perubahan menanti dan akan disaksikan, bukan sahaja dari segi dekorasi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang serba baru, malah suasana ruang legar kini boleh dikatakan bagaikan lobi hotel.
Sebelum ini, ruang legar tingkat bawah PWTC ini dipenuhi dengan gerai-gerai jualan pelbagai barangan kelihatan seperti ekspo perdagangan, namun kini ia bertukar wajah dengan hanya beberapa gerai korporat diwujudkan di ruangan tersebut.
Tambahan lagi susun atur yang baru akan memudahkan aliran lalu lintas anggota perwakilan yang dijangka seramai 4,907 orang, berserta pemerhati yang kadang kala melebihi 1,000 orang.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata perubahan itu juga dibuat selaras dengan kehendak semasa dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada Umno sebagai parti yang telah lama berkhidmat untuk rakyat, selain membuktikan bahawa parti itu juga mampu berubah.
“Perhimpunan agung kali ini kita akan dapat lihat imej baru dengan hiasan logo-logo 1Malaysia, 1BN dan 1Umno dan pelbagai hiasan lain seperti billboard yang besar dan sebagainya, kedudukan bendera Umno juga diubah supaya orang ramai dapat lihat lebih banyak imej Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai upacara menaikkan bendera Umno serta persiapan perhimpunan itu di PWTC.
Ab Rauf berkata kedudukan gerai-gerai jualan yang lazimnya terletak di pintu masuk utama tingkat dua PWTC hanya dikhaskan untuk gerai-gerai butik dan korporat manakala gerai-gerai lain pula dipindah ke tingkat tiga.
Beliau berkata ia bagi mengelakkan kesesakan para perwakilan dan orang ramai yang ingin menghadiri perhimpunan dan membeli belah, selain itu aliran keluar masuk perwakilan, pemerhati dan pelawat akan dijadikan laluan sehala.
Tinjauan mendapati para pekerja PWTC sedang giat melakukan persiapan terakhir menjelang perhimpunan di mana bangunan Umno mengalami transformasi wajah apabila ia dihiasi dengan pelbagai poster dan banner para pemimpin Umno terdahulu hingga kini.
Suasana dalam PWTC pula tampak eksklusif apabila sofa-sofa diletakkan di sekitar ruang legar bangunan itu bagi memudahkan perwakilan dan pemerhati bersantai dan merehatkan minda.
Sementara tempat jamuan dihiasi dengan bunga-bunga segar menarik.
Mengenai Forum Antarabangsa yang julung kali diadakan selama dua hari bermula esok sempena perhimpunan itu, Ab Rauf berkata ia merupakan platform bagaimana Umno mendepani media maya memandangkan pembangkang sering menggunakan medium tersebut untuk membangkitkan isu.
“Menerusi forum ini juga, kita dapat berkongsi pengalaman dengan negara-negara lain yang turut berhadapan dengan parti politik yang sering menimbulkan masalah bagi mengukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata Umno juga akan menonjolkan imej kepimpinan yang menjurus kepada Model Politik Baru seperti yang disebut Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, untuk dijadikan contoh atau role model kepada negara lain.
Forum tiga sesi bertajuk “Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru” akan dipengerusikan oleh bekas wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Razali Ismail, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa.
Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara luar bersama 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara dijangka menghadiri forum tersebut.
Seramai 4,907 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini iaitu Wanita (793), Pemuda (795), Puteri (776) dan Perhimpunan Agung (2,543).
Diterjemah dari Artikel Raja Petra Kamaruddin "So who was right, Anwar or I?"
Saya petik:
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.
Raja Petra Kamarudin
Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.
Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.
Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.
Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.
Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.
Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.
Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.
Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.
Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.
Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.
Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.
Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.
Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.
Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.
Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.
“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.
“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.
Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.
Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.
Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.
Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.
Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.
Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.
Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?
Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?
Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.
Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?
Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.