He said he doubted that the RM1.4 billion state budget that Khalid unveiled yesterday would help the state avoid a high deficit.
He recalled that Khalid had to seek supplementary budgets amounting to RM578.4 million last year, making the total 2010 Budget RM1.97 billion instead of the RM1.4 billion originally tabled in the State Legislative Assembly.
“The menteri besar has proudly announced that this year’s budget is a balanced budget, but Selangor has been plagued with budget deficits for two consecutive years,” Khir said during the state assembly debate on the budget.
He said Selangor under his administration recorded a surplus of RM72.51 million in 2006 and increased this to RM131.88 million in 2007.
“But in 2008, when Pakatan Rakyat took over the state government, the surplus was reduced to only RM49.1 million,” he said, adding that the state accounts showed a deficit of RM65.96 million in 2009.
However, he admitted that the 2011 Budget would be “realistic” as long as Khalid refrained from applying for a supplementary budget.
“Last year, it showed a deficit of RM65.98 million. In 2010, it is expected to be RM144 million and maybe more.
“What will happen in 2011? I am troubled that Selangor may be bankrupt by the next general election in 2013 due to imprudence.”
Khalid retorted that Khir had “probably not studied accounts and budgeting".
He said the budget would be reviewed periodically to prevent under-budgeting and over-budgeting.
“So there is no such thing as a budget being exact in expenditure and returns,” he said.
The menteri besar also said Selangor had achieved a surplus of RM268.18 million, the highest recorded in five years.
He suggested that Khir “do some research” on BN-led states to determine if they had balanced budgets.
“If he is worried that the state faces bankruptcy, he should alert the prime minister because he is in charge of bankruptcies,” he said.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemenang dalam perhimpunan agung Umno 2010 selama empat hari di PWTC yang berakhir semalam. Presiden Umno dan Perdana Menteri itu berjaya menguburkan sama sekali keresahan mahupun kebimbangan orang Melayu khususnya ahli parti terhadap masa depan mereka.
Baik dalam ucapan perasmian pada pagi Khamis mahupun penggulungan, Najib memberikan ucapan yang sangat bertenaga, mapan, padu, bernas dan sangat menyakinkan. Sekurang-kurangnya presiden Umno telah memberi jaminan bahawa parti itu pelindung bangsa, agama dan negara.
Barangkali yang paling dinantikan oleh orang Melayu ialah kenyataan bahawa perlembagaan melindungi sepenuh hak mereka sekalipun ada parti lain berkuasa. Ini kerana sebarang pindaan memerlukan perkenan majlis Raja-raja Melayu.
Ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga menepati perjuangan pergerakan itu, manakala Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin hambar dan membosankan.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya isu-isu yang diketengahkan perwakilan dalam sesi perbahasan adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu. Mereka membangkitkan mengenai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak emnolong orang Melayu khususnya Umno.
Isu ini dianggap retorik dan merupakan ulangan semata-mata. Seolah-olah jika GLC tidak membantu orang Melayu, bangsa itu akan merempat.
Usul tetap yang menjadi fokus perbahasan ialah mengenai agama, pendidikan, politik, ekonomi dan sosial serta wanita. Apan yang menarik pembahas sebahagian adalah perwakilan sama seperti tahun lalu.
Namun satu perkara baru yang diketengahkan oleh perwakilan ialah pembinaan menara warisan RM5 bilion milik PNB di kawasan strategik Stadium Merdeka. Wakil Kuala Lumpur, Datuk Johari Ghani mahu menara warisan dibina di Kampung Baru supaya menjadi simbol kebanggaan bangsa itu.
Persoalan yang boleh ditimbulkan adakah menara warisan itu menjadi kebanggaan orang Melayu sahaja atau rakyat Malaysia semuanya?
Wakil Melaka Datuk Mohd Said Yusof dan Raja Arif Raja Ali dari Terengganu menyebabkan perwakilan dan pemerhati tidak kering gusi dengan gaya dan penggunaan bahasa.
Sebahagian perwakilan pula menggunakan sajak dan pantun dalam menyampaikan mesej. Tidak ketinggalan dengan lagu nanyian tradisonal semata-mata untuk membangkitkan semangat anak bangsa.
Paling mengejutkan ialah ucapan-ucapan perwakilan yang penuh dengan bodek (gain power) terhadap pucuk pimpinan parti terutama Najib. Seorang wakil Pahang mengatakan konsep 1Malaysia sudah berjaya walaupun ia dinafikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Buat pertama kali dalam tempoh beberapa tahun dua mantan PM yang berseteru – Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bertemu dalam satu dewan.
Ringkasnya perhimpunan agung Umno kali ini mengandungi dua elemen – satu pihak yang serius mahu memertabatkan bangsa dan satu pihak lagi memberikan perbahasan yang tidak berkualiti iaitu tidak sesuai dengan bangsa Melayu yang maju dan bermaruah.
Bagi PRK Batu Sapi BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.
Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi.
Katanya, BN yakin dengan kemampuan calon BN itu untuk meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan.
pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.
Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin memecahkan teka teki petang ini tentang calon yang akan bertanding bagi DUN Galas untuk Barisan Nasional.
Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Mohd Aziz Yusof diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.
PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad - sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Dr Zulkefli adalah pemangku yang dipertua PAS Gua Musang.
GUA MUSANG: Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas khususnya kaum Tionghua tidak mudah terpengaruh dengan taktik pembangkang.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata pengundi kaum cina kini lebih matang dalam memilih pemimpin di kawasan mereka.
"Kaum Cina membuat pendirian jelas bahawa mereka sebenarnya tidak suka kepada pembangkang kerana parti itu sebelum ini tidak prihatin dan tidak pernah mengunjungi mereka untuk menyampaikan sebarang bantuan.
"Keadaan jauh berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional yang mengambil tahu suasana hidup mereka dan memberi bantuan segera jika diperlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah kaum Cina di Kampung Baru di sini, Sabtu.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya (PAS)Chek Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Suruhan Pilihan Raya menetapkan 26 Okt sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 4 Nov
Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.
"Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi," katanya ringkas ketika ditemui selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menyentuh mengenai ucapan penggulungan Najib selaku presiden parti, Dr Mahathir berkata ia bukan sahaja membangkitkan semangat Umno yang dahulu malah turut menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan dan menghapuskan kekeliruan.
Beliau turut menyokong rancangan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang melawat lebih 20,000 cawangan Umno di negeri-negeri kerana ia akan merapatkan perhubungan antara pemimpin dengan rakyat.
Mengulas mengenai pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, Dr Mahathir berkata ia adalah perubahan yang baik namun ia perlu dilaksanakan dengan tegas.
Muhyiddin, dalam sesi penggulungan perhimpunan antara lain mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, selain dijadikan mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah.

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Presiden UMNO, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.
“Itulah sebenarnya hakikatnya. Peruntukan-peruntukan mengenai kepentingan orang Melayu dan bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita.
“Ia tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan raja-raja Melayu dan saya tak nampak raja-raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.
“Soal Perlembagaan ini tak usah bangkit pada sesiapa lagi. Habis, tutup cerita, kita mara ke depan, orang putih kata lets move on. Tak ada apa lagi, dah... dah... dah, habis cerita, tutup buku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika sesi penangguhan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dalam ucapan dasar Presiden sewaktu merasmikan perhimpunan agung itu Khamis lalu, Perdana Menteri menegaskan, hak istimewa Melayu yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh digugat kerana ia tidak mungkin dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perkara 153 antara lain mencakupi rezab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
Dalam pada itu, Najib menyelar parti pembangkang yang memusingkan ucapan dasarnya berkaitan hak istimewa orang Melayu itu dengan kenyataan bahawa UMNO tidak perlu berkuasa kerana kononnya pihak lain pun boleh mempertahankan keistimewaan itu disebabkan ia sudah ada dalam Perlembagaan.
Menurutnya, pandangan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana walaupun ia sudah terkunci kemas, namun kuasa politik perlu berada di tangan UMNO untuk menterjemah prinsip semangat peruntukan Perlembagaan itu.
“Kumpulan yang di sebelah sana, dia pakar pusing, orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dalam ucapan saya (ucapan dasar), saya tutup dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan (hak istimewa Melayu).
“Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.
“Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan), nak kata dia (pembangkang) boleh... dulu sibuk reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi,” tegasnya.
Sementara itu, Najib pada sidang akhbar kemudian berkata, seandainya isu Perlembagaan masih dibangkitkan oleh pihak tertentu, ia akan hanya bersifat akademik.
“Ia tidak akan mengubah setitik pun. Kita memang ada undang-undang tapi kita akan tengok macam mana ia dibangkitkan, sama ada ia melanggar undang-undang atau (berbentuk) hasutan.
“Tapi, mereka patut faham kalau persoalkan, ia hanya bersifat akademik, buang masa dan `habiskan beras’ sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata, parti-parti komponen BN sudah memberi persetujuan supaya perkara-perkara yang bersabit dengan Perlembagaan tidak perlu lagi dibangkitkan oleh sesiapa.
Perdana Menteri, Najib Razak hari ini menafikan bahawa projek pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu di tengah-tengah ibu negara adalah idea daripadanya. Projek berkenaan adalah dicadangkan oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Malah, Najib menolak tanggapan bahawa beliau memaksa PNB untuk melakukannya kerana kesemua idea projek itu dibentangkan kepadanya oleh pihak lembaga pengarah dan pengurusan PNB sendiri.
Menara Warisan Merdeka yang dijangkakan siap pada tahun 2015 akan dibina berhampiran dengan Stadium Negara dan Stadium Merdeka. Menara berkenaan akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan kedudukan Menara Berkembar Petronas.
Sejak Najib mendedahkannya semasa Bajet 2011 Jumaat lepas, projek menara RM5 bilion itu telah mendapat tentangan hebat daripada ahli parlimen pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang rata-rata mendakwa beliau mewujudkan menara itu bagi menandingi lagenda mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Menurut Najib, tujuan utama kebenaran diberikan kepada PNB bagi meneruskan hasrat tersebut adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaraf dunia. Selain itu, menara itu boleh menjadi simbol kepada Malaysia yang moden dan maju.
Najib juga yakin pembinaannya akan mewujudkan kesan multiplier yang baik ke atas ekonomi dan menggalakkan penambahan peluang pekerjaan selain mewujudkan pusat komersil yang menarik untuk dunia perniagaan di Malaysia. Menurutnya lagi, projek ini tidak akan menjadi satu pembaziran tetapi satu manfaat yang berterusan bagi mencapai Wawasan 2020.
Perhimpunan Agung Umno ke 61 yang akan bermula Selasa ini pelbagai perubahan menanti dan akan disaksikan, bukan sahaja dari segi dekorasi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang serba baru, malah suasana ruang legar kini boleh dikatakan bagaikan lobi hotel.
Sebelum ini, ruang legar tingkat bawah PWTC ini dipenuhi dengan gerai-gerai jualan pelbagai barangan kelihatan seperti ekspo perdagangan, namun kini ia bertukar wajah dengan hanya beberapa gerai korporat diwujudkan di ruangan tersebut.
Tambahan lagi susun atur yang baru akan memudahkan aliran lalu lintas anggota perwakilan yang dijangka seramai 4,907 orang, berserta pemerhati yang kadang kala melebihi 1,000 orang.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata perubahan itu juga dibuat selaras dengan kehendak semasa dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada Umno sebagai parti yang telah lama berkhidmat untuk rakyat, selain membuktikan bahawa parti itu juga mampu berubah.
“Perhimpunan agung kali ini kita akan dapat lihat imej baru dengan hiasan logo-logo 1Malaysia, 1BN dan 1Umno dan pelbagai hiasan lain seperti billboard yang besar dan sebagainya, kedudukan bendera Umno juga diubah supaya orang ramai dapat lihat lebih banyak imej Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai upacara menaikkan bendera Umno serta persiapan perhimpunan itu di PWTC.
Ab Rauf berkata kedudukan gerai-gerai jualan yang lazimnya terletak di pintu masuk utama tingkat dua PWTC hanya dikhaskan untuk gerai-gerai butik dan korporat manakala gerai-gerai lain pula dipindah ke tingkat tiga.
Beliau berkata ia bagi mengelakkan kesesakan para perwakilan dan orang ramai yang ingin menghadiri perhimpunan dan membeli belah, selain itu aliran keluar masuk perwakilan, pemerhati dan pelawat akan dijadikan laluan sehala.
Tinjauan mendapati para pekerja PWTC sedang giat melakukan persiapan terakhir menjelang perhimpunan di mana bangunan Umno mengalami transformasi wajah apabila ia dihiasi dengan pelbagai poster dan banner para pemimpin Umno terdahulu hingga kini.
Suasana dalam PWTC pula tampak eksklusif apabila sofa-sofa diletakkan di sekitar ruang legar bangunan itu bagi memudahkan perwakilan dan pemerhati bersantai dan merehatkan minda.
Sementara tempat jamuan dihiasi dengan bunga-bunga segar menarik.
Mengenai Forum Antarabangsa yang julung kali diadakan selama dua hari bermula esok sempena perhimpunan itu, Ab Rauf berkata ia merupakan platform bagaimana Umno mendepani media maya memandangkan pembangkang sering menggunakan medium tersebut untuk membangkitkan isu.
“Menerusi forum ini juga, kita dapat berkongsi pengalaman dengan negara-negara lain yang turut berhadapan dengan parti politik yang sering menimbulkan masalah bagi mengukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata Umno juga akan menonjolkan imej kepimpinan yang menjurus kepada Model Politik Baru seperti yang disebut Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, untuk dijadikan contoh atau role model kepada negara lain.
Forum tiga sesi bertajuk “Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru” akan dipengerusikan oleh bekas wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Razali Ismail, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa.
Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara luar bersama 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara dijangka menghadiri forum tersebut.
Seramai 4,907 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini iaitu Wanita (793), Pemuda (795), Puteri (776) dan Perhimpunan Agung (2,543).
KUALA KLAWANG, 14 Okt - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keluar negara memburuk-burukkan tanah air sendiri disifatkan sebagai pemimpin yang tidak jujur, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata dalam sejarah tidak ada pemimpin dunia yang keluar negara mencemuh dan mencaci negaranya sendiri.
"Sebagai Ketua Pembangkang bukan bererti punya lesen untuk mencaci dan memperkecilkan negara sendiri. Beliau (Anwar) bertanggungjawab seperti mana juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab untuk tanah air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang Pertang dekat sini, Khamis.
Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh, beliau "makan gaji" menerusi Parlimen dan mendapat imbuhan daripada kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, kata Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu.
Rais berkata demikian mengulas tindakan Anwar ketika diwawancara dengan stesen televisyen TVOne di Indonesia kelmarin yang memperlekeh kemampuan kepimpinan negara untuk menyelesaikan segala pertikaian dan masalah antara kedua-dua negara dengan mendakwa jika beliau menjadi Perdana Menteri, ia boleh diselesaikan dengan segera.
"Jadi, bila sudah dicaci, pada saya markah beliau sebagai pemimpin sudah merudum ke tahap yang sangat rendah," kata beliau.
Sementara itu, beliau berkata Kraftangan Malaysia akan mempromosikan binaan rumah buluh di beberapa tempat.
Beberapa pelan untuk rumah di kampung atau rumah yang dijadikan sebagai pusat hasil hiasan di beberapa daerah akan ditonjolkan bagi menunjukkan betapa menariknya pembuatan dan hasil daripada buluh yang boleh dijadikan sebagai bahan binaan rumah yang cantik, kata beliau.
"Selain itu, kita akan cuba membuat penyelidikan bagaimana bahan buluh dan rotan diadun sebagai alat-alat perabot yang menarik, di samping menjadikan alat-alat seperti siling rumah, dinding dalaman dan hiasan sebagai dekorasi yang menarik.
"Oleh kerana potensi buluh begitu tinggi dan meluas seperti di Jepun, Taiwan dan di beberapa negara lain, Malaysia harus mengambil inisiatif ini supaya hasil buluh kita itu bukan hanya setakat membuat lemang, tetapi membuat rumah daripada buluh," katanya.
Beliau berkata tentu sekali soal teknik akan timbul dan salah satu daripadanya ialah mewujudkan bahan kimia yang dimasak terus supaya buluh tidak diterokai oleh bubuk atau pun ulat yang biasa jadi penebuk kepada buluh dan juga rotan.
"Kita minta Kraftangan Malaysia menyediakan cadangan awalan dan saya sendiri akan cuba melihat beberapa potensi di mana negeri-negeri yang banyak buluh kita beri promosi supaya bahan ini menjadi bahan yang nyata kepada kita," katanya.
ALOR SETAR, 14 Okt – Sekumpulan individu, yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Kedah, mendesak Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim meletak jawatan kerana didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik untuk menangani beberapa isu dan mendekati pengundi muda atas pagar.
Pengerusi badan itu Sobri Sudin berkata desakan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Badrolhisham yang gagal mengemudi pergerakan pemuda dengan berkesan.
“Kalau betul nak menang dalam pilihan raya akan datang, mereka (Pemuda Umno) kena buat kerja betul-betul. Kita mahu mereka semua bergerak di semua bahagian. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum supaya Badrolhisham meletakkan jawatan kepada Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah Tahir Md Zain.
Sobri berkata badan bertindak itu turut mendesak Badrolhisham memilih sama ada mahu memegang jawatan Setiausaha Umno Bahagian Padang Terap atau Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri kerana mereka mahukan perhatian serius diberikan kepada pergerakan pemuda untuk meningkatkan momentum aktiviti.
“Kita mahu Pemuda dan Umno melaksanakan segera usaha secara besar-besaran untuk memulih, menggembleng dan meningkatkan semangat serta gerak kerja di semua bahagian untuk menjadi kumpulan pendesak lebih ramai bagi menentang dakyah PAS dan parti pakatan di Kedah,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat berkata Pemuda Umno negeri menolak memorandum badan bertindak itu.
“Pemuda Umno berada di landasan yang baik untuk memimpin Kedah. Ini hanya satu permainan yang hanya diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata sepatutnya badan bertindak berjumpa terus dan berbincang dengan pihak pengurusan secara baik, bukannya dengan cara menghantar memorandum seperti hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.
“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.
“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.
Dr Chua mendakwa sejak pilihan raya umum 2008, DAP dari PR, yang kelihatan seolah-olah sekedudukan dengan MCA, hanya berjaya dalam membawa sokongan Cina kepada PAS.
“Kami (BN) tidak mendakwa kami adalah kerajaan yang sempurna, tetapi (kami) berharap rakyat Malaysia akan menghalusi dengan mendalam jika mereka meraskaan Pakatan adalah pilihan yang baik,” katanya lagi.
Selain PAS dan DAP, PR dianggotai PKR.
Meskipun mendakwa pakatan mereka adalah konkrit berdasarkan dasar dan platform bersama, kedua-dua PAS dan DAP secara terbuka memperlihatkan perbezaan pendirian berhubung usaha melaksanakan negara Islam.
Sejak beberapa bulan lalu, pemimpin-pemimpin PAS menekankan bahawa mereka kekal dengan pendirian mengadakan undang-undang hudud meskipun DAP memberi amaran mengenai idea tersebut.
Pada perhimpunan MCA hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai Dr Chua dengan memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa tidak mungkin PAS akan mengubah pendiriannya.
“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina,” kata beliau.
Sehubungan itu, Najib menambah, Pengerusi DAP Karpal Singh serba salah apabila satu ketika dahulu bahawa “melangkah mayat saya” berhubung matlamat PAS.
“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,” kata Najib dalam ucapan perasmian perhimpunan kali ini yang dihadiri 1,764 perwakilan.
Najib juga menambah, kata-kata Karpal menunjukkan pemimpin itu tidak mempercayai PAS yang menganggotai PR bersama PKR.
Sambil mendakwa kedua-dua parti itu tidak mempercayai antara satu sama lain tetapi seolah-olah memperlihatkan kepercayaan masing-masing Najib berkata, ia satu sandiwara politik.
“Ini adalah sandiwara politik. Kita dalam Barisan Nasional mempercayai satu sama lain. Itu sebabnya kami boleh bekerja sebagai satu pasukan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Chua mengarahkan pemimpin-pemimpin MCA di negeri-negeri yang dikuasai PR supaya menggunakan pendekatan ofensif dan bertindak sebagai pembangkang yang kuat untuk mendedahkan segala kelemahan dan kekurangan mereka.
“Pergi dan mendedahkan kekurangan, skandal, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.
“Dan, saya pasti mesti ada banyak (kes),” kata Dr Chua.
Tsunami politik 2008 telah mengurangkan perwakilan MCA di Parlimen daripada 31 kerusi pada 2004 kepada hanya 15 manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula ia menurun daripada 75 kepada 31 kerusi.
Sementara itu, MCA hari ini menolak cadangan untuk meminda dua artikel dan subartikel perlembagaan parti, selepas gagal memperoleh undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk melakukan pindaan itu.
Penolakan itu meleburkan harapan Pemuda MCA untuk memberi peranan dan perwakilan yang lebih besar kepada anggotanya ke perhimpunan agung tahunan parti berkenaan.
Speaker Datuk Yik Phooi Hong berkata hanya 671 atau 63 peratus daripada 1,064 perwakilan yang mengundi, bersetuju untuk meminda artikel dan subartikel itu manakala 392 yang lain menentang dan terdapat satu undi rosak.
Cadangan untuk meminda Artikel 67 dan Sub-Artikel 67.7 serta Artikel 94 dan Subartikel 94.7 bertujuan membolehkan seorang anggota Pemuda MCA dari setiap cawangan dan bahagian untuk menghadiri perhimpunan agung.
Pada masa ini hanya sayap Wanita sahaja dibenarkan berbuat demikian.