• Home
  • Home
  • Hangat
  • Pelik
  • Lucu
    • Category
      • Category
      • Category
      • Category
      • Category
    • Category
    • Category
    • Category
  • Entertainment
  • Sports
  • Technology
  • Editor's picks
  • Top Stories
    • Category
    • Category
    • Category
    • Category
Home »
Showing posts with label Polis. Show all posts

Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Saksi pertama pada perbicaraan ini adalah lans korporal Mohd Sabri Salleh.

Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.

Jenain diwakili oleh peguam-bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakawaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.

Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.

Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan ke rumah daripada sebuah restoran di Seksyen 7, Shah alam pada malam kejadian itu.

Sebuah kereta polis memintas mereka lalu melepaskan tembakan. Remaja berkenaan memberhentikan kereta di bahu jalan, di mana Aminulrasyid kemudiannya dijumpai terkulai di kerusi pemandu.


Kelmarin Polis menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa kumpulan Kumpulan Kerajaan Langit Ayah Pin sudah kembali aktif semula. Di dalam laporan utusan, Ketua Polis Terengganu menafikan berita dari dua akhbar terkenal tentang kumpulan ajaran sesat itu yang dikatakan mula membangunkan semula kumpulan mereka. Berikut Laporan dari Utusan Malaysia kelmarin,

Polis nafi Ayah Pin kembali aktif dan kumpul pengikut

BESUT 7 Okt. – Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua buah akhbar bahawa ketua ajaran sesat, Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya, pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.

Dua buah akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai “Kerajaan Langit” pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. – Bernama

Namun begiitu, hari ini sebuah akhbar melaporkan lagi berita mengenai ayah Pin. Kali ini akhbar itu (metro) membongkar kegiatan Ayah Pin yang sedang mengumpulkan lebih ramai ahli pengikut. Malah ayah Pin dikatakan melakukan tazkirah untuk para pengikutnya pada hari Isnin dan Ahad.

Persoalannya, mengapa Polis nafi Ayah Pin kembali lagi? Adakah Polis menipu atau tak cekap? Di bawah ini screenshot berita dari - Harian Metro



'Tazkirah' Ayah Pin setiap Ahad, Isnin


KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Arifin Mohamad, 70, atau Ayah Pin dikatakan hanya pulang ke perkampungannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, pada setiap Ahad dan Isnin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Ramlan Ali berkata, mengikut maklumat diperolehnya, Ayah Pin hanya berada di perkampungan berkenaan selama dua hari untuk mengajar pengikutnya yang datang dari luar Terengganu.

Menurutnya, Ayah Pin dikatakan mengarahkan pengikut setianya supaya mencari lebih ramai ahli baru untuk menyertai kumpulannya termasuk remaja.

Katanya, ajaran Ayah Pin mula aktif semula sejak Julai lalu dan keluar meninggalkan perkampungannya dengan diiringi pengikut setia bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Saya menerima maklumat daripada pengikut Ayah Pin bahawa dia mengarahkan ahli kumpulannya supaya mencari seberapa ramai ahli baru, termasuk remaja.

“Ayah Pin juga ketika ini menyebarkan ajarannya hanya di warung kopi milik pengikutnya di dalam kawasan perkampungan itu, bukannya di luar perkampungan itu.

“Jadi, tidak hairanlah, pada hari Ahad, terutamanya sebelah petang sejak kebelakangan ini kawasan perkampungan itu menjadi tumpuan orang ramai dipercayai pengikutnya yang datang dari beberapa negeri termasuk Johor, Selangor, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin yang melaporkan Ayah Pin dilihat memberikan ‘tazkirah’ kepada 10 pengikutnya di kampung itu, Isnin lalu. -Hmetro
Older Posts Home
  • Terkini
  • Comments
2012 Free Malays. All rights reserved.
Designed by Free Malays