REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA
October 10, 2010 at 6:04 PM
Dahsyatnya... takut dengar...
October 10, 2010 at 6:20 PM
Ya Allah~ padahal semalam ade kat negeri sembilan gak~ naik bus~
October 10, 2010 at 6:25 PM
Innalillah.. seramnyerrrrr.....
October 10, 2010 at 6:29 PM
Rasa takut dah nak naik bas... diorang ni suka bawak laju taknak hati-hati tau....
October 10, 2010 at 6:37 PM
di0rng suke bawak laju2..
aku dah r balek kmpg pkai bas..
nebes aku..
October 10, 2010 at 6:37 PM
sian
salah org lain, kite yg kene
sian kat kereta2 yg x bersalah tuh
October 10, 2010 at 6:52 PM
isk3. teroknya. innalillah. dah ajal. minx2 ajal kita x sampai dlm bentuk mcm tuh. aminnn.
October 10, 2010 at 6:52 PM
Aduhai... ngerinya... pemandu bas tu mabuk ke ape? Sampai 12 org terbunuh... bukan calang2 punya eksiden ni...
October 10, 2010 at 6:56 PM
nasib baik aku xbalik melaka semalam.
fuhhhh
October 10, 2010 at 6:57 PM
Ya Allah ramainya mayat... dah macam perang dah.... subhan Allah...
October 10, 2010 at 7:42 PM
mostly mmg bus driver bawa laju!..aku penah tgk dia bwk 140km (aku dok dlm dpn bas)
October 10, 2010 at 8:28 PM
innalillah...memang pemandu bas bawa laju..bergantung kepada syarikat bas mana yg kita naik..pengalaman saya bas triton mempunyai pemandu yg berhemah & memandu dgn berhati2
October 11, 2010 at 12:30 AM
salam..
kes mcm ni lah aku dah serik out station nek bus... bawak laju2 nk pi mana pon xtau...
bas konsortium penang - KL 3 jam!! terbang ka hapa????
October 11, 2010 at 12:44 AM
Dah bnyk kali kes mcm ni.. at last diam macm tu je laaa.. syarikat bas ni sapa pnya? Modal mau berjuta2 nk beli bas, sapa yg pnya? Pemilik syrikat bas tk kena apa2, pemandu yg kena.. lepas ni akan ada lg pas tu diam lagi..
October 11, 2010 at 3:53 AM
huh dasyt sagat nie sampai babitkan kenderaan lain....... aku lu pn mangsa bas terbang n terbalik.... tp alhamdullah... aku selamt, smpai sekarang ku fobia naik bas walau pn bnda tu dah hampir 5 tahun berlalu.....